Kuasa 10 Angka Jepun

Nombor besar

Sama dengan tradisi Cina, nombor besar di dalam angka Jepun dibentuk dengan mengumpulkan digit di dalam 10,000 berbanding 1000 di dalam tradisi Barat:

Tahap10410810121016102010241028103210361040104410481052 atau 10561056 atau 10641060 atau 10721064 atau 10801068 atau 1088
Karakter𥝱, 秭恒河沙阿僧祇那由他/那由多不可思議無量大数
Pembacaanmanokuchōkeigaijo, shikanseisaigokugōgashaasōginayutafukashigimuryōtaisū

Varisai yang pelbagai wujud kerana pengaruh kitab Jinkōki, teks matematik tertua Jepun yang mula diterbitkan pada 1627. Ia mengandungi banyak kesalahan tetapi sebahagian besarnya dibetulkan dalam edisi 1631 . Pada tahun 1634, versi yang lain pula diterbitkan yang menukar lagi beberapa nilai. Variasi yang seperti di atas wujud kerana perbezaan antara edisi-edisi kitab ini.

Contoh: (Ruang dengan kumpulan empat digit diberi hanya untuk penerangan yang lebih jelas)

  • 1 0000 : 一万 (ichi-man)
  • 983 6703 : 九百八十三万 六千七百三 (kyū-hyaku hachi-jū san man, roku-sen nana-hyaku san)
  • 20 3652 1801 : 二十億 三千六百五十二万 千八百一 (ni-jū oku, san-zen rop-pyaku go-jū ni-man, sen hap-pyaku ichi)

Bagaimanapun, nombor yang ditulis dalam angka Arab dipisahkan dengan koma di setiap 3 digit, berdasarkan peraturan Barat. Jika nombor Arab dan Kanji dikombinasikan, peraturan Barat mungkin digunakan bagi nombor yang lebih kecil dari 10,000 (cth. 2,500万 untuk 25,000,000).

Dalam bahasa Jepun, apabila nombor panjang ditulis dengan huruf Kanji, angka sifar akan dibuang untuk setiap kuasa sepuluh. Maka 4002 ialah 四千二 (Berbeza dengan sistem Cina yang memerlukan penggunaan 零 di mana saja sifar muncul, cth. 四千零二 untuk 4002). Tetapi, dalam pembacaan, perkataan "sifar" atau "kosong" kadang-kadang disebut tobi (飛び) atau tonde (飛んで) untuk menyatakan kekurangan nombor, cth. 'yon-sen tobi ni atau yon-sen tonde ni boleh digunakan selain dari perkataan normal yon-sen ni.

Rujukan

WikiPedia: Angka Jepun http://www.learnjapanesewordsandphrases.com/learnj... http://www.moroo.com/uzokusou/misc/suumei/suumei.h... http://www.solosequenosenada.com/gramatica/japanes... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S22/S22F0050100009... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S26/S26F0340100002... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/S39/S39F0320100002... http://law.e-gov.go.jp/htmldata/T11/T11F0340100004... http://www.sf.airnet.ne.jp/~ts/language/number/anc... http://www.sljfaq.org/cgi/kanjinumbers.cgi http://www.sljfaq.org/cgi/numbers.cgi